Aktiviti

Menghayati Baiah ar-Ridhwan di Kuantan

Peristiwa agung perjanjian Baiah ar-Ridhwan dalam sirah Rasulullah SAW memiliki 1001 pelajaran. Antaranya adalah untuk menguji komitmen kepada Islam dan umatnya, serta kesediaan untuk memberikan sepenuh hati kepada agenda Islam.

Pada hujung minggu yang lalu, sekumpulan saf akhawat Mukmin Perintis berhimpun di Kuantan untuk menghayati semula kisah bersejarah ini sambil merefleksi ke dalam diri.

Sirah adalah bekalan sepanjang zaman. Ia adalah kitab yang sentiasa terbuka untuk sesiapa yang ingin mengambil pelajaran.