Tentang kami
Siapa kami
Pertubuhan Mukmin Perintis (PPM-017-10-25112024) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang menggerakkan tarbiah Islam untuk semua lapisan masyarakat.
Ditubuhkan 2024
Membina ummah melalui tarbiah yang menyeluruh
Mukmin Perintis ditubuhkan pada tahun 2024 sebagai sebahagian daripada usaha membawa perubahan dalam umat melalui tarbiah Islam.
Kami percaya, perubahan yang hakiki bermula dari pembinaan jiwa dan fikrah individu, seterusnya membentuk masyarakat yang lebih dekat dengan Allah.

Visi
Menjadi peneraju tarbiah Islam yang membentuk generasi mukmin berilmu, berpendirian dan berperanan dalam masyarakat.
Misi
- Menyebarkan kefahaman Islam yang sahih melalui pendekatan tarbiah yang menyeluruh.
- Membina jiwa mukmin yang kukuh iman, luhur akhlak dan aktif berdakwah.
- Menggerakkan usaha perubahan ummah secara berterusan dan berstruktur.
Apa kami buat
Tarbiah untuk semua lapisan masyarakat
Pendekatan tarbiah yang disesuaikan mengikut peringkat usia, dari kanak-kanak hingga belia.

Kanak-kanak
Membina asas akidah dan akhlak sejak usia awal melalui pendekatan yang menyeronokkan.

Remaja
Membentuk jati diri dan kefahaman Islam yang kukuh dalam fasa pencarian identiti.

Pelajar IPT
Menyuburkan fikrah dan kepimpinan mahasiswa melalui usrah dan program tarbiah kampus.

Belia
Mengukuhkan peranan belia sebagai penggerak dakwah dan perubahan dalam masyarakat.
Program
Program tarbiah kami

Usrah
Kelompok kecil pembinaan jiwa dan ukhuwah, asas kepada seluruh proses tarbiah.

Kem Rohani
Latihan kerohanian dan kesungguhan melalui qiamullail dan muhasabah diri bersama.

Rehlah
Aktiviti luar yang mengeratkan ukhuwah sambil menghayati tanda-tanda kebesaran Allah.

Perkhemahan
Program latihan intensif membina disiplin, ketahanan dan semangat berjemaah.

Seminar
Kursus pengukuhan ilmu dan kefahaman Islam secara lebih tersusun dan mendalam.

Forum
Forum ilmiah membincangkan isu semasa dari perspektif Islam secara kritis dan matang.

Konvensyen
Perhimpunan besar menyatukan barisan dan merancang hala tuju gerakan tarbiah.
Kenali barisan dan rangkaian kami
Majlis Tertinggi menerajui hala tuju pertubuhan, bersama sayap dan rakan penerbitan yang menggerakkan kerja tarbiah.