الَّذِينَ اسْتَجَابُوا لِلَّهِ وَالرَّسُولِ مِن بَعْدِ مَا أَصَابَهُمُ الْقَرْحُ
“Orang-orang yang menyahut seruan Allah dan Rasul selepas mereka terkena luka.”
Surah Ali Imran, ayat 172
Dr Hammam Said membawa satu kisah dalam prinsip kelima. Sehari selepas Uhud, dalam keadaan tubuh masih luka, para sahabat dipanggil keluar semula ke Hamra al-Asad. Ada yang tidak sempat berubat. Dari Bani Salamah sahaja keluar empat puluh orang, semuanya dalam keadaan cedera.
Lalu beliau menyimpulkan. Iradah yang kuat akan mengatasi kepayahan dan kesakitan. Iradah yang lemah akan tetap lemah walaupun segala kemudahan ada di depan mata.
Kita hari ini hidup dengan kemudahan yang tidak pernah dibayangkan oleh generasi itu. Maka kalau kita masih belum bergerak, masalahnya mungkin bukan kekurangan kemudahan. Masalahnya pada kemahuan.