وَاصْبِرْ نَفْسَكَ مَعَ الَّذِينَ يَدْعُونَ رَبَّهُم بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ يُرِيدُونَ وَجْهَهُ ۖ وَلَا تَعْدُ عَيْنَاكَ عَنْهُمْ تُرِيدُ زِينَةَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا
“Dan jadikanlah dirimu sentiasa bersama orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka kerana mahukan perhiasan dunia.”
Surah Al-Kahfi, ayat 28
Ayat ini turun ketika pembesar Quraisy meminta Nabi SAW menjauhkan sahabat-sahabat yang miskin daripada majlis Baginda, jika mahu mereka datang mendengar. Jawapan Allah jelas. Bersabarlah bersama yang miskin itu.
Buat seorang murabbi, ayat ini sangat dekat. Kita mudah teruja dengan mad'u yang berpengaruh dan petah bercakap. Sedangkan kadang-kadang, yang paling sederhana itulah yang paling ikhlas hatinya.
Jumaat ini, jangan palingkan mata daripada mereka.