فَالْمُلْقِيَاتِ ذِكْرًا عُذْرًا أَوْ نُذْرًا
“…lalu menyampaikan pengajaran dan peringatan kepada manusia, untuk menghapuskan kesalahan orang-orang yang bertaubat serta memperbaiki keadaan dirinya.”
Surah Al-Mursalat, ayat 5–6
Ada satu perkara yang sukar dilepaskan pandangan apabila membaca surah ini. Ayat “Kecelakaan besar pada hari itu bagi orang-orang yang mendustakan” diulang sebanyak sepuluh kali dalam satu surah yang pendek. Sepuluh kali. Peringatan yang sama, kepada orang yang sama, dalam satu bacaan.
Kalau Allah sendiri mengulang peringatan-Nya, siapalah kita untuk berasa jemu mengulang kebaikan kepada mad'u kita?
Ramai daie berhenti terlalu awal. Sudah dinasihat dua tiga kali, lalu berkata orang ini memang tidak boleh berubah. Sedangkan surah ini mengajar bahawa pengulangan itu sebahagian daripada kaedah penyampaian, bukan tanda kegagalan.
Yang berubah bukan isi peringatan, tetapi hati yang menerimanya, dan itu mengambil masa.
Ini siri terakhir Ibrah Buat Daie Juz 29. Sebelas surah, sebelas ibrah, satu pesanan yang sama: teruskan menyampaikan.