Qawaid Dakwah

Bercakap Mengikut Kadar Akal Mad’u

Seorang daie yang bijak tidak akan bercakap semua benda yang diketahui kepada semua orang yang dia kenal.

Dr Hammam Said

Prinsip ketujuh Qawaid Dakwah menyentuh satu kesilapan yang sangat biasa, iaitu bercakap mengikut kadar kemampuan kita, bukan kadar kemampuan mad'u.

Dr Hammam Said menjelaskan bahawa hikmah bermaksud mengetahui kesesuaian dakwah bagi setiap golongan manusia. Seorang daie berinteraksi mengikut kadar akal yang mendengar, dan tidak membawa pemikiran seseorang melebihi kemampuan fikirannya.

Dalilnya menarik. Ibnu Abbas menafsirkan perkataan rabbaniyyun sebagai orang yang lemah lembut dan faqih. Imam Bukhari pula menyebut seseorang itu dikatakan rabbani apabila dia mentarbiah manusia dengan ilmu yang ringan dan kecil dahulu sebelum perkara yang besar.

Maka apabila mad'u kita kelihatan jauh, mungkin masalahnya bukan dia lambat faham. Mungkin kita yang mula terlalu tinggi.