AI boleh membantu, tapi dia bukan akan mengganti.
Ikhsan Khalid, aktivis Mukmin Perintis
Dalam satu sesi daurah, beliau mula dengan satu pemerhatian. Orang yang bagus dalam tarbiah dan dakwah, mereka membaca banyak. Dan membaca itu bermaksud betul-betul membaca, bukan bertanya kepada AI.
Sebabnya halus. AI membacakan untuk kita. Ia boleh meringkaskan, boleh mengeluarkan poin penting, malah boleh menjadikannya podcast. Tetapi kefahaman tidak boleh diwakilkan.
Kerana kita sendiri yang perlu berusaha memahami apa yang hendak kita sampaikan. Dan penulis-penulis itu ada sesuatu yang tidak dapat ditangkap oleh ringkasan.
Maka gunalah AI sebagai alat. Untuk mencari, untuk menyusun, untuk mempercepatkan kerja teknikal. Tetapi bacaan seorang daie, biarlah tetap bacaannya sendiri.
Sebab yang kita sampaikan kepada mad'u bukan maklumat semata-mata. Kita sampaikan sesuatu yang sudah melalui hati kita dahulu.