Aktiviti

Dakwah Adalah Kehidupan

Begitu segar nasihat Al-Fadhil Ust Khairuddin dalam sesi taujihat kepada satu saf pemuda tempoh hari.

Dakwah adalah kehidupan. Bukan hobi yang dilakukan pada masa lapang sahaja. Bukan pekerjaan yang dilakukan mengikut “waktu pejabat”. Kerana itu para Rasul disuruh mengatakan:

قُلْ هَٰذِهِ سَبِيلِي أَدْعُو إِلَى اللَّهِ

“Katakanlah (wahai Muhammad): Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru manusia umumnya kepada agama Allah…”

Surah Yusuf, ayat 108

Yang disebut ialah jalan hidupku. Bukan hobiku, dan bukan pekerjaanku. Semoga para syabab menjiwai nasihat bersumberkan wahyu ini untuk menuruti ar-Rasul SAW.