Kami telah yakin dengan keyakinan yang kuat dan mendalam dari dalam lubuk hati, bahawa tidak ada fikrah kecuali satu sahaja yang akan mampu menyelamatkan dunia ini.
Imam Hasan Al-Banna
Perkara kedua dalam kitab Intima' ialah mengetahui landasan dakwah ini.
Ketika itu umat sedang berlumba mengejar kemajuan Barat. Islam dituduh punca kemunduran. Seruan kembali kepada Islam dianggap pelik. Namun ada seorang yang berdiri teguh seperti gunung.
Keteguhan itu bukan datang daripada sifat keras kepala. Ia datang daripada keyakinan yang sudah dikaji, difahami dan diterima dengan sepenuh hati.
Di sinilah pengajaran buat kita. Ramai yang bersemangat bergerak, tetapi goyah bila ditanya kenapa. Kerana mereka bergerak dahulu, baru mencari sebab. Seorang daie perlu sebaliknya. Yakin dahulu, baru bergerak.
Sebab orang yang tahu di mana dia berpijak, tidak mudah ditolak oleh angin yang lalu.