Tentang kami

Siapa kami

Pertubuhan Mukmin Perintis (PPM-017-10-25112024) ialah pertubuhan bukan kerajaan yang menggerakkan tarbiah Islam untuk semua lapisan masyarakat.

Ditubuhkan 2024

Membina ummah melalui tarbiah yang menyeluruh

Mukmin Perintis ditubuhkan pada tahun 2024 sebagai sebahagian daripada usaha membawa perubahan dalam umat melalui tarbiah Islam.

Kami percaya, perubahan yang hakiki bermula dari pembinaan jiwa dan fikrah individu, seterusnya membentuk masyarakat yang lebih dekat dengan Allah.

Majlis ilmu Mukmin Perintis

Visi

Menjadi peneraju tarbiah Islam yang membentuk generasi mukmin berilmu, berpendirian dan berperanan dalam masyarakat.

Misi

  • Menyebarkan kefahaman Islam yang sahih melalui pendekatan tarbiah yang menyeluruh.
  • Membina jiwa mukmin yang kukuh iman, luhur akhlak dan aktif berdakwah.
  • Menggerakkan usaha perubahan ummah secara berterusan dan berstruktur.

Apa kami buat

Tarbiah untuk semua lapisan masyarakat

Pendekatan tarbiah yang disesuaikan mengikut peringkat usia, dari kanak-kanak hingga belia.

Kanak-kanak

Kanak-kanak

Membina asas akidah dan akhlak sejak usia awal melalui pendekatan yang menyeronokkan.

Remaja

Remaja

Membentuk jati diri dan kefahaman Islam yang kukuh dalam fasa pencarian identiti.

Pelajar IPT

Pelajar IPT

Menyuburkan fikrah dan kepimpinan mahasiswa melalui usrah dan program tarbiah kampus.

Belia

Belia

Mengukuhkan peranan belia sebagai penggerak dakwah dan perubahan dalam masyarakat.

Tarbiah asas kebangkitan

Tarbiah mesti menjadi tiang asas kebangkitan. Umat perlu dididik terlebih dahulu, difahamkan sepenuhnya hak-hak mereka, serta diajar cara-cara untuk memperoleh hak-hak tersebut. Mereka juga mesti dibina dengan keimanan terhadap hak itu dan disemai dalam jiwa mereka iman tersebut dengan kuat.

Imam Hassan Al-Banna

Kenali barisan dan rangkaian kami

Majlis Tertinggi menerajui hala tuju pertubuhan, bersama sayap dan rakan penerbitan yang menggerakkan kerja tarbiah.